sila pastikan availability stok yang anda pilih direct dengan saya

klik-klik gambar kat sebelah untuk tgk stok yang ada :)


note; stock updated 11 December 2011

Kami mencadangkan anda memilih item ready stock kami. Bertujuan mengelakkan pihak tuan/puan menunggu lebih lama :)

please please please hormatilah hakcipta saya di blogshop ini segala jenis plagiat tidak dibenarkan

Liza ingin memohon maaf jika mesej di YM Liza lewat balas.... maklumlah berkejar dengan anak2. Mungkin puan boleh send to email juga sebab melalui ym yang tak add saya saya dah tak dapat jumpa penghantar mesej tu :D

jom jadi follower kami :D


Support GCDC Event

Support GCDC Event
23 April 2011

Thursday, July 30, 2009

Perbezaan Diaper

Hmm.. ada yang tertanya-tanya apa perbezaan diaper? Kat sini saya merujuk untuk semua jenis diaper. Ok jom mula;

TRADITIONAL DIAPER (lampin zaman kita kecik2)
1) kain yang menyerap air wangi kencing TETAPI akan mengenai kulit bayi secara terus yang menyebabkan kebasahan dan sudah pasti akan berlaku ruam kalau tidak segera ditukar

2) Cover di luar lampin ini diperbuat daripada plastik untuk mengelakkan daripada rumah kita banjir TETAPI sesungguhnya tidak memberi sistem pengudaraan yang cukup kepada kulit. Juga akan mengakibatkan ruam

3) memerlukan sangat banyak kain lampin sebab setiap kali bayi kencing pasti kene tukar kain yang bersih dan kalau lambat basuh kain lampin akan menyebabkan tahi lalat. (adalah hilang kejelitaan kain itu kalau lalat dh buang air kt situ kan hehehe)

DISPOSABLE DIAPER (lampin pakai buang)
1) majoriti rakyat kat Malaysia ni memang menggunakan DD nih. senang kan, pakai pastu buang TETAPI sedarkah kita secara tidak langsung kita telah menambahkan sampah di rumah dan bumi kita ini.......... bayangkan. Mungkin ada yang kata ala orang lain poon buat gak, klu aku sorang jer baik mana ada kesan. mari kita berbalik kepada perumpamaan 'sikit-sikit lama-lama jadi bukit'. mmmmmmmmm

2) Di dalam DD terkandung bahan kimia berbahaya kepada kita serta kulit kita yang boleh mengakibatkan pelbagai penyakit.... eeeeeee takutkan. macam saya dulu x tahu kini sudah tahu, rupa2nya itulah salah satu punca ruam kepada bayi malah boleh menjadi masalah/penyakit yang lebih serius lagi

3) Kos yang berterusan. Biasanya anak akan stop pakai diaper biler cecah 3 tahun. jadi pengiraan seperti di bawah untuk normal diaper seperti jenama 'Deraipes' sebagai contoh
RM 0.60 x 8 helai x sehari = RM 4.80 (biasanya pada tahun pertama lebih banyak diaper digunakan)
RM 0.60 x 6 helai x sehari = RM 3.6
(RM 4.80 x 365 hari)(1 tahun) + RM (3.60 x 730 hari) (2tahun) = RM 4,380

CLOTH DIAPER (lampin kain moden)
1)
Boleh dibasuh dan digunakan semula. Secara tidak langsung kita mengurangkan bilangan sampah. MESRA ALAM.... GO GREEN...

2) Tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya InsyaAllah jika mengikut cara penggunaan yang betul boleh mengelakkan ruam kepada bayi.

3) Oleh sebab boleh dipakai semula jadi kos penggunaan/beliannya menjadi tetap seperti ini;
RM 37.00 x 25 helai = RM 925 (beserta 2 insert bererti sudah ada 50 keping insert)
boleh tambah insert
RM 10 x 10 helai = RM 100
Jumlah KOS BELIAN = RM 1,025
Cuba lihat perbezaan penggunaan DD dan CD. mmmmmmm duit tu boleh buat tabungan dan juga kepeluan lain untuk anak anda alangkah bagusnya. Anda juga boleh membasuhnya selang sehari. kenapa saya syorkan tambah insert? kerana insert lebih lambat kering berbanding diaper cover........

4) Kalau dijaga sebaiknya boleh digunakan kepada anak2 yang akan datang. hmmm jangan tak tahu boleh dijual semula sebagai barang second hand / preloved tau dan ada yang nak beli hehehe.... tapi kalau malas basuh xdpt lah saya nk tolong kan... xkan guna mesin basuh poon susah????

JIKA LIHAT PENGIRAAN SAYA UNTUK CLOTH DIAPER MAHALKAN UNTUK MEMBELI SEKALIGUS? PADA SAYA JUGA RM1,025 ADALAH MAHAL. JANGAN RISAU... KAMI MENYEDIAKAN SKIM KUTU (SILA RUJUK LABEL). ATAU ANDA BOLEH BERMULA MEMBELI SIKIT2 ATAU MELALUI SKIM ANSURAN (SETELAH BAYARAN PENUH DITERIMA BARULAH CD DIHANTAR/DIPOSKAN KEPADA ANDA). MUDAHKAN.... ORDERLAH SEKARANG

No comments:

Post a Comment