sila pastikan availability stok yang anda pilih direct dengan saya

klik-klik gambar kat sebelah untuk tgk stok yang ada :)


note; stock updated 11 December 2011

Kami mencadangkan anda memilih item ready stock kami. Bertujuan mengelakkan pihak tuan/puan menunggu lebih lama :)

please please please hormatilah hakcipta saya di blogshop ini segala jenis plagiat tidak dibenarkan

Liza ingin memohon maaf jika mesej di YM Liza lewat balas.... maklumlah berkejar dengan anak2. Mungkin puan boleh send to email juga sebab melalui ym yang tak add saya saya dah tak dapat jumpa penghantar mesej tu :D

jom jadi follower kami :D


Support GCDC Event

Support GCDC Event
23 April 2011

Tuesday, November 17, 2009

nak citer skit pasal cd ni....(base on experience tokei sulung sendiri)

salam semua...

dah lama blog ni xberupdate kan...sbb dah ade teguran dari bloggers gak.bukan ape,sedikit bz kebelakangan ni....dan juga internet problem..maklumla musim2 ujan ni kan.petir la,guruh la,blackout la....

ops cukup2 la membebel...sebenarnya kami just nak announce yang stok baru cd brand babyland dah sampai!!!so kepada semua ibu,mummy,mama,umi emak,mum jom la order cd dgn kami!!!

x rugi beli cd ni..mmg pd awalnye rase sedikit mahal..tapi bila kita dah mula bercd kita akan rase berbaloi....ala,setakat basuh tu,campak dalam mesin bubuh skit sabun ON mesin...setel!!!



dah besar sarah!!tgk gambo cd oren yer...


mmg ade perbezaan utk anak2 kakak saya(tokei sulung aka liza aka puan punyer)...yang sulung dulu guna disposable diaper..mudah kena ruam,yang ke 2 ni alhamdullilah ruam2 xde..tp mgu lepas saje2 pakai2 dia DD,terus montot maisarah tumbuh ruam...tp alhamdullilah pas sapu ubat dan pakai cd,ruam dia ilang...

so ,ape lagi..jom bercd!!!!

p/s: at least kena ada 20-25 keping cd ni..baru la ngam ho!!!!!

Monday, August 31, 2009

SKIM ANSURAN

Kami memperkenalkan SKIM ANSURAN syarat-syaratnya seperti di bawah ;

rosNyatakan brand CD serta bilangan (boleh dicampur brand & warna)
rosHad minimum belian adalah 2 keping CD
rosTIADA had maksimum pembelian
rosNama, No. Tel, Alamat Rumah, Alamat Tempat Kerja (Suami & Isteri)
rosAnda boleh emailkan atau sms semua details kepada kami
rosKami akan hantar/poskan CD setelah bayaran penuh dibuat
ros TIDAK termasuk kos penghantaran. Akan diberitahu kelak

Kami amat berharap skim ini dapat membantu anda dalam proses mengumpulkan CD untuk si comel anda.

Wednesday, August 12, 2009

Cara Basuh CD

Peringkat & Cara Basuh CD

1) Prewash / Basuhan Awal
Setelah anda membeli CD sila jangan dipakaikan terus kepada bayi. CD+Insert perlu dibasuh sekurang2nya 3 kali tanpa sabun bertujuan untuk meningkatkan daya serapan (lg banyak kali dibasuh lagi tinggi daya serapannya). Caranya ; basuh, jemur, kering, angkat (proses ini diulang sekurang2nya 3x).

2) Basuhan Setelah menggunakan CD
a) Air Kencing / Pee
Keluarkan Insert dr pocket. bilas dengan air yg banyak sampai xder bau n perah. CD poon buat perkara yang sama. Untuk basuhan pada hari yang sama bleh terus masukkan dlm mesin basuh. Lebihkan penggunaan air semasa membasuh dan sabun yg sedikit / 1/4 drpd penggunaan biasa
a) Najis / stool / Poo
Buangkan najis ke dalam lubang tandas terlebih dahulu. Kalau nk lebih elok semasa pakai kan bayi dgn CD gunakan nappy liner / fleece liner sbb akan mengurangkan kotoran pada CD, jadi lebih senang dicuci. Kemudian sental perlahan2 dengan tangan untuk hilangkan warna yang melekat. Tolong jangan gunakan berus kerana akan merosakkan fabrik. Selepas itu bilas dengan air yang banyak dan sabun yg sedikit / 1/4 drpd penggunaan biasa. Akhirnya basuh seperti biasa. Kalau masih ada tertinggal kesan warna yang najis, jangan risau. Sila jemur di bawah matahari dan biler kering kain sudah menjadi putih semula. majiknya kuasa matahari........

3) Stripwashing
Dilakukan apabila CD sudah kurang daya serapannya. Macam mana nak tau Cd kurang daya serapan ; apabila CD terlalu cepat bocor/leaking. Biasanya boleh dilakukan sebulan sekali. Boleh gunakan Cuka(hanya digunakan ke atas insert) / Baking Soda / Air Panas / Sunlight

Nota :
1) gunakan Laundry Net untuk memanjangkan jangka hayat CD anda dan menjaga butang2 CD drpd rosak/tercabut - sayangnya.......
2)
gunakan sabun yg sedikit / 1/4 drpd penggunaan biasa (jimat sabun)
3) gunakan air yg banyak semasa membasuh CD di dalam mesin basuh
4) JANGAN gunakan sabun yang mengandungi enzim, peluntur, pelembut kain. Pendek kata guna sabun murah ajer hehe (jimat lagi kan)
5) Sebaik2nya jemur di bawah sinaran matahari. Tapi kalau ari keje kang x pasal2 kene cilok lak CD2 comel itu. Alternatifnya jemur ajer dalam rumah OR bawah kipas hehe... tp at least seminggu skali bawa lah CD comel jumpa sang matahari erk.
6) Jika mahu mengumpul CD sebelum dibasuh tolong kumpulkan semua CD yang telah dibilas dan diperah ke dah BALDI yang KERING. Baldi basah menggalakkan pertumbuhan bakteria.


** gambar2 akan di upload kemudian **

Thursday, July 30, 2009

Perbezaan Diaper

Hmm.. ada yang tertanya-tanya apa perbezaan diaper? Kat sini saya merujuk untuk semua jenis diaper. Ok jom mula;

TRADITIONAL DIAPER (lampin zaman kita kecik2)
1) kain yang menyerap air wangi kencing TETAPI akan mengenai kulit bayi secara terus yang menyebabkan kebasahan dan sudah pasti akan berlaku ruam kalau tidak segera ditukar

2) Cover di luar lampin ini diperbuat daripada plastik untuk mengelakkan daripada rumah kita banjir TETAPI sesungguhnya tidak memberi sistem pengudaraan yang cukup kepada kulit. Juga akan mengakibatkan ruam

3) memerlukan sangat banyak kain lampin sebab setiap kali bayi kencing pasti kene tukar kain yang bersih dan kalau lambat basuh kain lampin akan menyebabkan tahi lalat. (adalah hilang kejelitaan kain itu kalau lalat dh buang air kt situ kan hehehe)

DISPOSABLE DIAPER (lampin pakai buang)
1) majoriti rakyat kat Malaysia ni memang menggunakan DD nih. senang kan, pakai pastu buang TETAPI sedarkah kita secara tidak langsung kita telah menambahkan sampah di rumah dan bumi kita ini.......... bayangkan. Mungkin ada yang kata ala orang lain poon buat gak, klu aku sorang jer baik mana ada kesan. mari kita berbalik kepada perumpamaan 'sikit-sikit lama-lama jadi bukit'. mmmmmmmmm

2) Di dalam DD terkandung bahan kimia berbahaya kepada kita serta kulit kita yang boleh mengakibatkan pelbagai penyakit.... eeeeeee takutkan. macam saya dulu x tahu kini sudah tahu, rupa2nya itulah salah satu punca ruam kepada bayi malah boleh menjadi masalah/penyakit yang lebih serius lagi

3) Kos yang berterusan. Biasanya anak akan stop pakai diaper biler cecah 3 tahun. jadi pengiraan seperti di bawah untuk normal diaper seperti jenama 'Deraipes' sebagai contoh
RM 0.60 x 8 helai x sehari = RM 4.80 (biasanya pada tahun pertama lebih banyak diaper digunakan)
RM 0.60 x 6 helai x sehari = RM 3.6
(RM 4.80 x 365 hari)(1 tahun) + RM (3.60 x 730 hari) (2tahun) = RM 4,380

CLOTH DIAPER (lampin kain moden)
1)
Boleh dibasuh dan digunakan semula. Secara tidak langsung kita mengurangkan bilangan sampah. MESRA ALAM.... GO GREEN...

2) Tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya InsyaAllah jika mengikut cara penggunaan yang betul boleh mengelakkan ruam kepada bayi.

3) Oleh sebab boleh dipakai semula jadi kos penggunaan/beliannya menjadi tetap seperti ini;
RM 37.00 x 25 helai = RM 925 (beserta 2 insert bererti sudah ada 50 keping insert)
boleh tambah insert
RM 10 x 10 helai = RM 100
Jumlah KOS BELIAN = RM 1,025
Cuba lihat perbezaan penggunaan DD dan CD. mmmmmmm duit tu boleh buat tabungan dan juga kepeluan lain untuk anak anda alangkah bagusnya. Anda juga boleh membasuhnya selang sehari. kenapa saya syorkan tambah insert? kerana insert lebih lambat kering berbanding diaper cover........

4) Kalau dijaga sebaiknya boleh digunakan kepada anak2 yang akan datang. hmmm jangan tak tahu boleh dijual semula sebagai barang second hand / preloved tau dan ada yang nak beli hehehe.... tapi kalau malas basuh xdpt lah saya nk tolong kan... xkan guna mesin basuh poon susah????

JIKA LIHAT PENGIRAAN SAYA UNTUK CLOTH DIAPER MAHALKAN UNTUK MEMBELI SEKALIGUS? PADA SAYA JUGA RM1,025 ADALAH MAHAL. JANGAN RISAU... KAMI MENYEDIAKAN SKIM KUTU (SILA RUJUK LABEL). ATAU ANDA BOLEH BERMULA MEMBELI SIKIT2 ATAU MELALUI SKIM ANSURAN (SETELAH BAYARAN PENUH DITERIMA BARULAH CD DIHANTAR/DIPOSKAN KEPADA ANDA). MUDAHKAN.... ORDERLAH SEKARANG

Tuesday, July 28, 2009

Camaner Nak Pakai CD

Meh saya tunjukkan langkah2nya

1) bukak CD macam gambar kat bawah


2) masukkan insert/soaker ke dalam pocket yang disediakan secara kemas. maksudnya jgn ader kelepet2 lerr kt dalam tu. dan kemaskan kat hujung tu yer mcm gambar kt instruction no1). kalau insert/soaker terkeluar akan mengakibatkan kebanjiran besar berlaku heheheh


3)
masukkan 1 insert/soaker untuk pemakaian waktu siang. Boleh bertahan 3-4 jam tetapi tertakluk kepada brp banyak anak anda buang air kecik dan kalau air besar sila tukar dengan segera yer


4) masukkan 2 keping insert/soaker untuk penggunaan malam. sebaiknya antara 7-12 mlm 2 insert dan 12 mlm-7 pg 2 insert. bermakna 4 insert untuk malam lebih kurang 6 jam penggunaan. tetapi tetap tertakluk kepada kekerapan/banyaknya air kencing anak anda.


5)
Setelah semua insert dimasukkan dengan kemas n elok sila laraskan butang/button mengikut saiz anak anda. pakai elok2 yer untuk menelakkan kebocoran hehe. dari kiri rupa CD n butang2nya, saiz S, saiz M dan saiz L

Monday, July 27, 2009

Apa Itu CD

Mari kita berkenalan dengan Cloth diaper / Lampin Kain Moden

Ini adalah CD Cover / Diaper Cover
fungsinya sebagai cover kepada insert/soaker - jadi punggung bayi tidak akan basah. Yang nih cover luar yang berwarna-warni dan ada banyak butang untuk dilaraskan mengikut saiz bayi.



Ini adalah pandangan di bahagian dalam diaper cover. kainnya lembut dan mampu memberi pengudaraan yang baik kepada punggung bayi serta cecair dari insert/soaker tidak akan mengalir keluar.

Yang inilah yang dikatakan Insert / Soaker yang berfungsi sebagai penyerap cecair/air kencing bayi. kalau najis ianya xkan menyeraplah hehehe

.

Wednesday, July 1, 2009

PROMOSI PEMBUKAAN KEDAI

Pengumuman kepada Semua Pelanggan Yang Dihormati

PROMOSI PEMBUKAAN KEDAI

Coolababy Pocket Diaper : RM 37 + 2 INSERT



Sila isikan tempahan anda sekarang!!!!!!!!!!!!