sila pastikan availability stok yang anda pilih direct dengan saya

klik-klik gambar kat sebelah untuk tgk stok yang ada :)


note; stock updated 11 December 2011

Kami mencadangkan anda memilih item ready stock kami. Bertujuan mengelakkan pihak tuan/puan menunggu lebih lama :)

please please please hormatilah hakcipta saya di blogshop ini segala jenis plagiat tidak dibenarkan

Liza ingin memohon maaf jika mesej di YM Liza lewat balas.... maklumlah berkejar dengan anak2. Mungkin puan boleh send to email juga sebab melalui ym yang tak add saya saya dah tak dapat jumpa penghantar mesej tu :D

jom jadi follower kami :D


Support GCDC Event

Support GCDC Event
23 April 2011

Monday, August 31, 2009

SKIM ANSURAN

Kami memperkenalkan SKIM ANSURAN syarat-syaratnya seperti di bawah ;

rosNyatakan brand CD serta bilangan (boleh dicampur brand & warna)
rosHad minimum belian adalah 2 keping CD
rosTIADA had maksimum pembelian
rosNama, No. Tel, Alamat Rumah, Alamat Tempat Kerja (Suami & Isteri)
rosAnda boleh emailkan atau sms semua details kepada kami
rosKami akan hantar/poskan CD setelah bayaran penuh dibuat
ros TIDAK termasuk kos penghantaran. Akan diberitahu kelak

Kami amat berharap skim ini dapat membantu anda dalam proses mengumpulkan CD untuk si comel anda.

Wednesday, August 12, 2009

Cara Basuh CD

Peringkat & Cara Basuh CD

1) Prewash / Basuhan Awal
Setelah anda membeli CD sila jangan dipakaikan terus kepada bayi. CD+Insert perlu dibasuh sekurang2nya 3 kali tanpa sabun bertujuan untuk meningkatkan daya serapan (lg banyak kali dibasuh lagi tinggi daya serapannya). Caranya ; basuh, jemur, kering, angkat (proses ini diulang sekurang2nya 3x).

2) Basuhan Setelah menggunakan CD
a) Air Kencing / Pee
Keluarkan Insert dr pocket. bilas dengan air yg banyak sampai xder bau n perah. CD poon buat perkara yang sama. Untuk basuhan pada hari yang sama bleh terus masukkan dlm mesin basuh. Lebihkan penggunaan air semasa membasuh dan sabun yg sedikit / 1/4 drpd penggunaan biasa
a) Najis / stool / Poo
Buangkan najis ke dalam lubang tandas terlebih dahulu. Kalau nk lebih elok semasa pakai kan bayi dgn CD gunakan nappy liner / fleece liner sbb akan mengurangkan kotoran pada CD, jadi lebih senang dicuci. Kemudian sental perlahan2 dengan tangan untuk hilangkan warna yang melekat. Tolong jangan gunakan berus kerana akan merosakkan fabrik. Selepas itu bilas dengan air yang banyak dan sabun yg sedikit / 1/4 drpd penggunaan biasa. Akhirnya basuh seperti biasa. Kalau masih ada tertinggal kesan warna yang najis, jangan risau. Sila jemur di bawah matahari dan biler kering kain sudah menjadi putih semula. majiknya kuasa matahari........

3) Stripwashing
Dilakukan apabila CD sudah kurang daya serapannya. Macam mana nak tau Cd kurang daya serapan ; apabila CD terlalu cepat bocor/leaking. Biasanya boleh dilakukan sebulan sekali. Boleh gunakan Cuka(hanya digunakan ke atas insert) / Baking Soda / Air Panas / Sunlight

Nota :
1) gunakan Laundry Net untuk memanjangkan jangka hayat CD anda dan menjaga butang2 CD drpd rosak/tercabut - sayangnya.......
2)
gunakan sabun yg sedikit / 1/4 drpd penggunaan biasa (jimat sabun)
3) gunakan air yg banyak semasa membasuh CD di dalam mesin basuh
4) JANGAN gunakan sabun yang mengandungi enzim, peluntur, pelembut kain. Pendek kata guna sabun murah ajer hehe (jimat lagi kan)
5) Sebaik2nya jemur di bawah sinaran matahari. Tapi kalau ari keje kang x pasal2 kene cilok lak CD2 comel itu. Alternatifnya jemur ajer dalam rumah OR bawah kipas hehe... tp at least seminggu skali bawa lah CD comel jumpa sang matahari erk.
6) Jika mahu mengumpul CD sebelum dibasuh tolong kumpulkan semua CD yang telah dibilas dan diperah ke dah BALDI yang KERING. Baldi basah menggalakkan pertumbuhan bakteria.


** gambar2 akan di upload kemudian **